Seandainya telah engkau takdirkan............. Dia bukan milikku

ya Allah..........
Seandainya telah engkau takdirkan.............
Dia bukan milikku..............
Bawalah ia jauh dari pandangan ku..........
Luputkanlah ia dari ingatanku.........
Dan peliharalah aku dari kekecewaan............

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti........
Berikanlah aku kekuatan...........
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...........
Hilang bersama senja nan merah............
Agarku bisa bahagia..............
Walaupun tanpa bersama dengannya............

Dan ya Allah yang tercinta...........
Gantikanlah yang telah hilang..........
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.........
Walaupun tidak sama dengan dirinya..........

Ya Allah ya tuhanku............
Pasrahkan lah aku dengan takdirmu.............
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan.......
Adalah yang terbaik buatku.............
Kerana engkau maha mengetahui...........
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini..........

Ya Allah..............
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku.......
Di dunia dan di akhirat..........
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini......
Jangan engkau biarkan aku sendirian.........
Di dunia ini mahupun di akhirat.........
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...........
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman.............
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup..........
Ke jalan yang Engkau redhai.....
Dan kurniakanlah padaku keturunan yg soleh.....
AMIN... 

buatmu WANITA ...


Ketahuilah bahawa,
makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.

Percaya?
Saya bukan nak main gula-gula di sini.
Tetapi saya serius menyatakannya.
Ketahuilah bahawa,
makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.

Mengapa?

Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami.
Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.

Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu?
Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?



Aku dari rahim seorang perempuan

Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu
melainkan Nabi Adam AS.
Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera,
pegawai, jurutera, doktor,
doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.

Saya, dari rahim seorang perempuan juga.

Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa.
Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka.
Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.

Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan?
Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka?
Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!

Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan,
merosakkan diri mereka,
maka sama sahaja dengan saya membiarkan
masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.

Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka,
penjenayah, perogol, pencuri,
yang ingkar kepada Allah, pembohong,
dan banyak lagi manusia-manusia
yang mencorakkan dunia dengan kehitaman.
Hatta Ariel Sharon juga lahir dari perut seorang perempuan.

Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia
selama 9 bulan 9 hari ini rosak,
di mana masa hadapan dunia?

Mustahil saya tidak menyayangi perempuan.
Maka tiadalah harapan yang saya inginkan,
melainkan perempuan juga menyayangi diri m
ereka dan menjaga peribadi mereka
daripada perkara yang Allah larang dan murka.


Perempuan sayap kiriku

Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki.
Baik macam mana pun saya dengan Hafiz Zainol Abidin, Tengku Fahmi,
mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.

Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.

Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini.
Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki.
Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki.
Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki.
Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.

Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.

“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah,
enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi.
Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum.
Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah binti Hashim.

Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak,
dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri.
Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi.
Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah,
yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah.
Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik.
Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan.
Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit
untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?

MasyaAllah.

Saya amat menyayangi perempuan.
Maka tiadalah harapan saya
melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri.
Menjaga diri dari kerosakan.
Menjaga diri dari kemungkaran.
Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat.
Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.


Maka amat menyedihkan saya jika…

Bila sayang, akan datang ambil berat.
Semestinya demikian.
Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan:
“Aku sayang sangat dengan kau”
kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api.
Mustahil itu adalah sayang.

Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka
apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran
tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila
melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran
 dengan lelaki tanpa segan silu.

Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan
menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk
dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.

Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia.
Mereka bakal ibu dan isteri.
Ibu kepada anak dan isteri kepada suami.
Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia?
Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kam
u wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.

Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan.
Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.

Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.

Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?


Penutup: Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…

Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa.
Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan.
Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.

Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.

Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya,
at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan.
Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia.
Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.

Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat
perempuan-perempuan yang berakhlak.

Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini
melihat perempuan-perempuan yang pemalu.

Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini
melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat.

Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini
melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.

Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?

Maka jangan murahkan.

Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.

Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.


Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.

Kesalahan-kesalahan Dalam Hubungan Suami Isteri

Islam mensyariatkan perkahwinan dan menjadikan perkahwinan itu sebagai pagar pemelihara kesucian nasab keturunan manusia. Firman Allah s.w.t:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: “dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. [al-Rum: 21]
Maksud “al-Mawaddah” dalam ayat ini adalah jimak atau hubungan seks sebagaimana yang ditafsirkan oleh Ibn Abbas r.a, Mujahid, dan Qatadah manakala “al-Rahmah” pula menurut mereka adalah anak-anak.
Maka Allah s.w.t meletakkan hubungan intim antara suami isteri sebagai satu perkara penting dalam alam perkahwinan bahkan menjadi pengikat utama antara suami isteri kerana hanya melalui perkahwinan sahaja seseorang manusia dihalalkan melakukan hubungan seks yang merupakan antara syahwat terbesar manusia demikian melalui hubungan seks jua lahirnya keturunan dan zuriat umat manusia.
Oleh itu, amat penting bagi pasangan suami isteri untuk melakukan hubungan seks sesuai dengan kehendak syariat dan sunnah Nabi s.a.w. Maka di sini saya ingin menyentuh beberapa kesalahan yang terjadi dalam perkara ini: